• D20112055873

Monday 26 November 2012

PANDUAN MENGARANG / MENULIS


Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : 

A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup
· A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.

Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.


 Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:
Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah:
Apa?
· Siapa?
· Bila?
· Mengapa?
· Di mana?
· Bagaimana?
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.

Contoh- contoh karangan UPSR Bahasa Melayu

  •  CERITA

  • SYARAHAN

  • SURAT KIRIMAN RASMI

  • SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

  • PERIBAHASA

  • LAPORAN

youtube

Tips...


TIPS PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR 

BAHAGIAN A
Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu:

Langkah pertama

Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga iaitu "tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat "Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat". Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat. Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).

Langkah kedua

Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Cikgu cadangkan calon membuat lima bulatan sahaja bagi mewakili lima ayat. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang berkaitan.

Langkah ketiga

Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan. Dinasihatkan calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak). Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana dan mengapa).

Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata kerja) di dalam dewan sekolah (di mana) kerana menyertai pertandingan melukis sempena Hari Kebangsaan. (mengapa) Jawapan contoh: Beberapa orang murid sedang melukis dan mewarna lukisan di dalam ketika menyertai pertandingan lukisan sempena Hari Kebangsaan.

Langkah keempat

Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif. Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya.

Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara "memangkas" dengan "mencantas" dan "membelah" dengan "mengerat". Penggunaannya mengikut konteks ayat.

Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza. Contohnya, "Ayah menjual ikan" dengan "Ayah penjual ikan". Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan.

Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf besar. Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.

Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Selain itu, calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat.

Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.

BAHAGIAN B 

Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu banyak membaca bagi menghasilkan karangan yang baik.

Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah 40 minit. Petua untuk Bahagian B, calon mesti menggunakan FMK (Formula Menulis Karangan), iaitu kaedah menulis karangan berdasarkan perenggan 233332.

Setiap karangan mempunyai enam perenggan. 233332 bermaksud perenggan pertama dan keenam mempunyai dua ayat, manakala perenggan kedua hingga kelima, masing-masing tiga ayat.

Calon dinasihatkan agar selang satu baris antara perenggan yang dibuat agar karangan dihasilkan kelihatan lebih kemas.

Untuk menghasilkan karangan yang baik, calon haruslah melakukan empat langkah.

Langkah pertama - Pilih soalan

Calon mesti membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum memilih soalan yang hendak dijawab. Pilih soalan yang banyak isi berdasarkan pengalaman calon agar mudah untuk menulis karangan. Ini kerana ada juga karangan yang senang tajuknya tetapi calon sukar mencari isinya.

Calon juga perlu mencari kunci soalan, kehendak soalan, format dan jenis karangan. Contohnya: Pada suatu petang, anda bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-tiba anda terdengar jeritan orang meminta tolong.

Ceritakan tindakan anda dan kawan anda ketika itu. Kunci soalan ini ialah "Ceritakan tindakan". Kehendak soalan ialah "menceritakan tindakan selepas mendengar jeritan", manakala format dan jenis karangan ialah cerita dan karangan tidak berformat. Langkah dicadangkan ini boleh membantu calon mengelakkan daripada menulis karangan terpesong.

Langkah kedua - Merangka karangan

Gunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari sama ada "Peta Minda", "Melakar Isi" atau "Teknik Penyoalan".

Langkah ketiga - Menulis karangan

Pastikan ada enam perenggan. Pastikan juga tidak tersilap menulis perenggan pendahuluan kerana ada calon yang masukkan isi dalam perenggan pengenalan itu. Contohnya:

1. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Antaranya ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

2. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Kita boleh melancong di dalam atau luar negara.

Jawapan yang tepat sebagai pendahuluan adalah jawapan 2. Untuk karangan fakta, calon boleh menulis karangan dengan menggunakan kaedah ICK iaitu isi, contoh dan kesan atau IKC (isi, kesan dan contoh).

Untuk perenggan penutup, calon boleh gunakan pelbagai jenis penutup seperti dalam bentuk rumusan, nilai, pantun, penegasan, peribahasa, kata hikmah dan pendirian.

Langkah keempat - Semak karangan

Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul sebelum beralih untuk menjawab Bahagian C.

BAHAGIAN C

Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu, calon mesti bijak menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini.

Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan diberikan. Lantaran itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan mendapatkan nilai murni atau pengajaran yang terkandung dalam petikan itu.

Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Abang mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang dari dalam bilik itu. Pengajaran bagi ayat ini ialah "menghargai", manakala perbuatan yang menunjukkan adanya pengajaran ialah "Abang mengucapkan terima kasih".

Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak tersilap mengulas pengajaran yang sepatutnya. Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah dicadangkan iaitu:

Langkah pertama

Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali lagi dan gariskan perkataan yang menunjukkan terdapatnya nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Perkataan yang menunjukkan ada pengajaran ialah "mengulang kaji". Walaupun perlu mengulas lima pengajaran sahaja, calon dinasihatkan agar mencari seberapa banyak pengajaran yang ada dalam petikan.

Langkah kedua

Calon perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan. Contohnya:

a) Pengajaran - Rajin
b) Perbuatan - mengulang kaji pelajaran
c) Mengapa - lulus periksa

Langkah ketiga

Membina ulasan lengkap, contohnya: Kita mestilah rajin dengan mengulang kaji pelajaran agar lulus dalam peperiksaan. Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penanda wacana agar ayat yang dibina lebih menarik.

Langkah keempat

Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul.

Oleh sebab masa diberikan untuk menjawab ketiga-tiga bahagian dalam kertas ini agak singkat, iaitu 1 jam 15 minit, calon perlu bijak menguruskannya. Masa yang dicadangkan untuk Bahagian A ialah tiga minit untuk memahami gambar, lima minit tulis ayat dan dua minit untuk menyemak. Untuk Bahagian B (10 minit faham soalan dan bina rangka karangan, 25 minit hasilkan karangan lengkap dan lima minit lagi untuk semakan).

Untuk Bahagian C (lima minit cari dan senaraikan nilai murni atau pengajaran, 10 minit tulis ulasan lengkap dan lima minit lagi menyemak). Lima minit terakhir, gunakan untuk semak semua jawapan Bahagian A, B dan C.

LAPORAN

Pengenalan


Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami. 
 Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau logik.
Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha. 
   Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.

 Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
Gunakan bahasa yang ringkas dan padat.

Contoh soalan:

Lengkapkan laporan kamu Laporan Hari Kantin. Panjang laporan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jawapan:

LAPORAN HARI KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN CHINI DUA

               Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Chini Dua telah berlangsung pada minggu lepas. Aktiviti itu diadakan pada Sabtu, 20 Mac yang lalu.
               Lokasi utama Hari Kantin ini ialah kawasan sekolah. Antaranya, hadapan Pusat Sumber, tempat letak kereta guru,dan tapak perhimpunan.
               Aktiviti ini bertujuan umtuk memberikan pengalaman aktiviti menjual dan membeli kepada murid.
Hari Kantin ini dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chini Dua, Encik Rosli bin Abdul Wahab. Turut hadir ialah murid,guru dan belia setempat.
               Pelbagai aktiviti dilakukan sempena Hari Kantin ini. Antaranya, pertandingan gerai tercantik, menjual kuih tradisional, makanan berat, air minuman, dan kraftangan.
               Hari kantin pada kali ini sungguh meriah. Pada akhir aktiviti, guru dan murid berpuas hati kerana mendapat keuntungan yang maksima.
Pelapor,                                                                                                                                     27 Mac 2010
            HANI
(HANI BINTI HAMZAH)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Chini Dua




Peta minda:

Tajuk Laporan      

 Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris. 
atau ditulis dengan huruf besar semuanya. 
Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.
Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.

Isi Laporan   :       
Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Pengakuan pelapor:        
Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.

Tarikh          :       
Ditulis di sebelah kananlaporan,setentang dengan pengakuan pelapor.

Tandatangan pelapor      
  Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.

Nama Pelapor         :     
Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.

Jawatan Pelapor   :
Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma  di  
hujungnya .

Seterusnya            ditulis nama persatuan yang diwakili

PERIBAHASA


Pengenalan

• Karangan peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, dan bidalan.

• Perlu memahami maksud yang tersurat dan tersirat. Jika tidak memahami atau tidak mengetahui maksudnya , anda jangan membuat karangan jenis ini.

• Boleh menulis secara cerita atau penerangan.

• Penulisan secara cerita mesti berkaitan dengan tajuk dan sebaik-baiknya cerita ada nilai murni.

• Jika secara penerangan, terangkan maksud dan kepentingannya kepada masyarakat. 

Contoh soalan:

Lengkapkan peribahasa tersebut "Seperti Kacang Lupakan Kulit". Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jawapan:

"Seperti Kacang Lupakan Kulit"
 Pak Utih sedar dia tidak bersekolah. Hendak berniaga, dia tiada modal. Hendak menjadi tukang rumah, dia tiada kemahiran. 
Apatah lagi hendak bekerja di jabatan kerajaan. 
Jadi, hanya buruh kasar pekerjaan yang sesuai untuk orang seperti dirinya.
              Begitupun, Pak Utih bertekad. Dia tidak mahu anak-anaknya menjadi seperti dirinya.
Dia mahu melihat anak-anaknya berjaya. Mudah-mudahan, kejayaan mereka nanti dapat meringankan beban yang ditanggung selama ini.
          Saban hari, Pak Utih melakukan pelbagai pekerjaan. Dia sanggup mengambil upah menebas rumput, memanjat pokok kelapa, 
menanam pokok koko,
 dan memetik buah sawit semata-mata untuk menyekolahkan Karim dan Salim. 
Dia sanggup berlapar, dia sanggup tidak bersalin pakaian asalkan anak-anaknya dapat belajar.
          Kini, dia dan isterinya boleh berbangga. Betapa tidak, Karim dan Salim satu-satunyanya anak masyarakat kampungnya yang berjaya ke menara gading.
          Setelah tamat pengajian,Karim dan Salim bekerja di Kuala Lumpur. Gajinya pula cukup lumayan. 
Jadi, mereka mampu membeli kereta mewah dan rumah banglo. 
Rupa-rupanya, keseronokan di kota menjadikan mereka lupa diri.
 Mereka langsung tidak menziarahi ibu bapa mereka di kampung pedalaman.
 
Pak Utih betul-betul tidak menyangka bahawa anak-anaknya yang disanjung kini "seperti kacang lupakan kulit". 
Apabila teringat akan anak-anak itu, air mata mereka bercucuran ke pipi.             


Peta minda 
 

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


Pengenalan 
  
1. Karangan  jenis surat kiriman tidak rsami merupakan karangan berformat.
2. Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi. Surat ini dituliskan kepada ibu bapa,kaum keluarga,saudara -    mara,rakan-rakan dan sahabat pena.
3. Terdapat beberapa jenis surat kiriman tidak rasmi seperti:
     a.surat bertanya khabar.
     b. surat tahniah.
     c. surat takziah.
     d. surat undangan.
4. Penggunaan kata ganti diri penerima sangat penting dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi.Yang berikut ialah senarai kata ganti diri:

                  Ayah/bapa saudara- ayahanda
                  Ibu/ibu saudara      - ibunda/bonda
                  Anak                     - anakanda
                  Abang/kakak         - kakanda
                  Adik                      - adinda
                  Datuk/nenek          - nenda/nenenda
                  Cucu                     - cucunda
5. Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut:
   
       a.  Alamat pengirim di tulis di sudut atas sebelah kanan surat.
       b. Tarikh ditulis  di bawah alamat pengirim dengan meletakkan tanda noktah(.) di hujungnya.
       c.  Pembuka kata ditulis ke dalam sedikit dengan menyatakandi mana penerima berada,iaitu tempat,bandar atau negeri. Pembuka kata surat seperti "Menemui sabhabtku... dengan selamatnya atau semoga dalam keadaan sihat..."
6. Kata panggilan seperti ayahanda,bonda,kakanda,adinda,saudara dan saudari ditulis pada sudut sebelah kiri,iaitu pada bahagian tepi surat.
7.  Pendahuluan surat biasanya bertanya khbar dan menyatakan keadaan diri pengirim.
8.  Perenggan isi dimulakan di sebelah dalam sedikit.
9.  Isi-isi  penting ditulis dalam perenggan kedua dan seterusnya.
10.  Selepas penutup surat,tulislah "Yang ikhlas" atau "Yang benar" di sebelah kanan surat dan diikuti tanda koma (,) selepas itu.
11.  Tandatangan pengirim ditulis di sebelah kanan bahagian bawah surat.
12.   Gunakan bahasa yang mudah,baku dan tepat dalam karangan surat kiriman ini. Selain itu,murid juga boleh menggunakan ungkapan,kiasan atau peribahasa agar isi surat menjadi lebih menarik.


Contoh soalan:

Kamu telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun. 
Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang kejayaan kamu itu.



Jawapan:
 
No. ,Jalan Seroja,
Taman Seri Jelita, 
68100 Gombak,  
Selangor              

20 Mei 20011      

Menemui sahabatku Abdul Salam yang berada di Hutan Melintang, Perak, semoga sihat hendaknya. Saya dan keluarga di sini sihat sejahtera. Saya harap saudara pun dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria bersama-sama keluarga.
              
            Saudara,
            Tujuan saya mengirimkan warkah ini adalah untuk memberitahu saudara bahawa saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini. saya juga telah mendapat tempat pertama dengan purata markah 88 peratus dan juga 5A bagi matapelajaran UPSR.

            Sesungguhnya, saya berasa begitu bersyukur dengan kejayaan ini. Masih terlalu awal kejayaan yang saya kecapi ini dijadikan pengukur untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR nanti. Namun, ia menjadi motivasi untuk lebih cemerlang dalam pada pepriksaan akan datang.

            Kesempatan yang ada ini ingin sekali saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada saudara kerana telah banyak memberikan perangsang dan dorongan kepada saya. Sebenarnya, sikap gigih dan kecemerlangan yang dicapai oleh saudara telah menjadi penyuntik kepada kejayaan saya. 

            Harapan saya semoga kita berdua akan sama-sama berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan keputusan yang cemerlang dalam pepriksaan UPSR pada bulan September nanti.

           Sekian sahaja coretan saya untuk warkah kali ini. Semoga bertemu lagi di lain lembaran, 
 sambutlah salam mesra daripada saya.
      
Yang Benar,
Muhammad Rizal


FORMAT SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 

                                                                                                                                                                                                                                                   -----------------------
                                                                     Nama dan alamat pengirim                   ----------1------------                                                                                                     -----------------------
                                                                                                                       
                                                                                                  Tarikh    ----------2----------- 


            ----------------------3----Pendahuluan  surat-------------------------------
 -------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------
------------------------- 
             --------------------------------------------------------------------------
------------------------------4----Isi -isi surat------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
------------------------

----------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------
------------------------------5----Penutup surat----------------------------------
-------------------------

                                                                                --------6--Tandatangan pengirim----