• D20112055873

Monday 26 November 2012

SURAT KIRIMAN RASMI


Pengenalan

1. Surat kiriman rasmi ditulis untuk urusan rasmi seperti berikut:
  (a) surat permohanan
  (b) surat bantahan/aduan
  (c) surat pesan
  (d)surat peniagaan
2.Format surat kiriman rasmi adalah seperti berikut:
   (a) alamat pengirim dan jawatan (jika ada),di tulis pada bahagian atas sudut kiri surat tersebut.
   (b) Buat garisan melintang selepas alamat pengirim
   (c) baris akhir alamat penerima hendaklah digariskan.
   (d) Tarikh ditulis di sebelah kanan surat. Nama bulan ditulis dengan huruf besar
   (e) Panggilan hormat atau gelaran penerima seperti Tuan/Puan ditulis di bawah alamat pengirim.
   (f) Tulis tajuk surat.Huruf pertama setiap perkataan ditulis dengan huruf besar.
   (g) Gariskan tajuk tersebut.
   (h) Mula menulis dari tepi surat tanpa peranggan dan tidak bernombor.
   (i)  Perenggan berikutnya bernombor 2,3,4 dan seterusnya.
   (j) Perenggan penutup dimulakan dari tepi surat tanpa nombor
   (k) Tandatangan pengirim ditulis di sudut kiri bahagian bawah surat.
   (l) Nama pengirim  ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan kemudian diikuti jawatan pengirim 
3. Gaya bahasa yang digunakan mestilah gaya bahasa yang formal,ringkas,dan padat.


Contoh soalan:

Persatuan  Bahasa malaysia sekolah kamu akan mengadakan pertandingan syarahan sempena Bulan Kemerdekaan . 
Selaku setiausaha persatuan,kamu diminta menulis surat kebenaran untuk menggunakan dewan  kepada guru besar. 
Tulis surat itu selengkapnya.


Jawapan:

Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Subang Jaya,
47600 Subang Jaya,
Selangor.
______________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan  Subang Jaya,
47600 Subang Jaya,
Selangor.                                                                                                                  17 MAC 2011

Tuan,
Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Dengan segala hormatnya,saya merujuk perkara di atas.

2. Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini akan menganjurkan pertandingan syarahan sempena Bulan Kemerdekaan pada bulan hadapan. Sehubungan itu, saya selaku setiausaha persatuan memohon kebenaran pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah ini bagi tujuan tersebut. 

3.  Tujuan pertandingan ini diadakan  untuk mencungkil bakat bersyarah dalam kalangan murid-murid sekolah ini serta mencari peserta terbaik bagi mewakili sekolah ke pertandingan syarahan di peringkat daerah.

4.  Untuk makluman tuan,pertandingan tersebut akan diadakan seperti berikut:
                      
                       Hari dan Tarikh      : Sabtu (17 April 2011)
                       Tempat dan Masa  : Dewan Sekolah Kebangsaan Subang Jaya
                                                       (8.00 pagi)

Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala kerjasama yang tuan berikan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,
____faiz najmie__
(FAIZ NAJMIE B HASAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Subang Jaya.


FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI  

________________________
________________________  1 Alamat pengirim
________________________
________________________

____________________________________2 Garisan pemisah _______ 

________________________
________________________3 Nama/Alamat penerima
________________________                                                                             4 Tarikh

________________________5 Kata hormat

____________________________ 6 Tajuk surat

_____________________________7Pendahuluan_____________________
_____________________________________________________________
2___________________________________________________________
____________________________________________________________
3____________________________8 Isi -isi surat ____________________ ____________________________________________________________
____________________________________________________________
______________

4___________________________________________________________

_____________________9 Penutup  surat___________________________
____________________________________________________________




____________10 Tandatangan__________
(11 Nama pengirim (huruf besar)     )

No comments:

Post a Comment