• D20112055873

Monday 26 November 2012

LAPORAN

Pengenalan


Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami. 
 Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau logik.
Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha. 
   Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.

 Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
Gunakan bahasa yang ringkas dan padat.

Contoh soalan:

Lengkapkan laporan kamu Laporan Hari Kantin. Panjang laporan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jawapan:

LAPORAN HARI KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN CHINI DUA

               Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Chini Dua telah berlangsung pada minggu lepas. Aktiviti itu diadakan pada Sabtu, 20 Mac yang lalu.
               Lokasi utama Hari Kantin ini ialah kawasan sekolah. Antaranya, hadapan Pusat Sumber, tempat letak kereta guru,dan tapak perhimpunan.
               Aktiviti ini bertujuan umtuk memberikan pengalaman aktiviti menjual dan membeli kepada murid.
Hari Kantin ini dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chini Dua, Encik Rosli bin Abdul Wahab. Turut hadir ialah murid,guru dan belia setempat.
               Pelbagai aktiviti dilakukan sempena Hari Kantin ini. Antaranya, pertandingan gerai tercantik, menjual kuih tradisional, makanan berat, air minuman, dan kraftangan.
               Hari kantin pada kali ini sungguh meriah. Pada akhir aktiviti, guru dan murid berpuas hati kerana mendapat keuntungan yang maksima.
Pelapor,                                                                                                                                     27 Mac 2010
            HANI
(HANI BINTI HAMZAH)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Chini Dua




Peta minda:

Tajuk Laporan      

 Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris. 
atau ditulis dengan huruf besar semuanya. 
Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.
Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.

Isi Laporan   :       
Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Pengakuan pelapor:        
Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.

Tarikh          :       
Ditulis di sebelah kananlaporan,setentang dengan pengakuan pelapor.

Tandatangan pelapor      
  Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.

Nama Pelapor         :     
Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.

Jawatan Pelapor   :
Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma  di  
hujungnya .

Seterusnya            ditulis nama persatuan yang diwakili

No comments:

Post a Comment